26 June 2011

mencuba nasib

Mawaddah sedang menjalankan uji bakatnya

Mawaddah mencuba nasibnya di Program Adik-adikku musim ke-3
bertempat di RTM Negeri Sembilan.

Tuah Mawaddah...

Mawaddah tersenyum gembira di sisi emaknya kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita peringkat negeri yang diadakan di Port Dickson 25 Jun lalu. Dia akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan . Doakanlah agar berjaya juga nanti di peringkat kebangsaan.



Alhamdulillah, menang lagi. Mawaddah gembira mendapat johan dalam pertandingan bercerita peringkat daerah Seremban anjuran Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang diadakan di Perpustakaan Awam Mantin .

10 June 2011

MENENANGKAN FIKIRAN BERSAMA KELUARGA



~My Lovely Family~
Tapi tak semua ada..

Selepas melawat anak ketiga saya (Siti Muslihah) di UiTM, Alor Gajah, kami singgah di Bandaraya Melaka. Kami menaiki bot untuk melihat kawasan sekitar di Melaka ini. Sangat seronok. Masih mengekalkan ciri-ciri melayu dahulu.
Selepas itu, singgah pula di Kampung Morten.

21 May 2011

Dunia Baru Kaklang

Melangkah ke menara gading..

Wajah ceria Siti Muslihah Mustapha melangkah ke dunia baru di UiTM, Alor Gajah, Melaka.

Bersama keluarga yang mengiringi Siti Muslihah mendaftar di UiTM.

Pesanan ayah, emak, nenek, kakak dan abang:
~ belajar bersungguh-sungguh
~ jangan lupa diri
~ jaga tingkah laku


17 May 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan PMR

Nur Farrah Atiqah Amran dan Siti Munirah Mustapha mendapat anugerah kecemerlangan PMR

Anak keempat saya (Siti Munirah Mustapha) telah mendapat anugerah kecemerlangan PMR 2010 di SBPI Jempol kerana telah berjaya mendapat keputusan yang amat cemerlang...
TAHNIAH!!!
Teruskan usaha untuk berjaya di dunia dan akhirat...InshaAllah


Hari Jadi ke-11

Hari Jadi Mawaddah yang ke-11
tetamu yang hadir memeriahkan sambutan Hari Jadi Mawaddah.


kek hari jadi


sesi memotong kek

04 March 2011

SUKA DUKA, RENCAH KEHIDUPAN..

Kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan diadakan di teratak kami sempena Siti Munirah Mustapha (kakteh) telah mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam PMR nya.. Alhamdulillah.


Siti Murnizah (kakcik) dimasukkan ke hospital selama 2 minggu kerana terdapat infection pada otaknya akibat demam yang sangat panas. Kakcik telah koma selama 3 jam. Sekarang Alhamdulillah, Allah telah memberi kesembuhan atas penyakitnya itu. Syukur ku panjatkan kepadaMu, Ya Allah...
Terima kasih yang tak tehingga kepada pihak SBPI Jempol kerana telah mendoakan Kakcik dan membaca Yassin 7kali untuk kesembuhannya.


Siti Mawaddah Mustapha telah memenangi pertandingan bercerita dan telah mendapat tempat ke-2. Beliau juga akan mewakili sekolah untuk ke peringkat Negeri.. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Mawaddah.

17 November 2010

Sekalung Tahniah

~Celebrate Sufi dpt 5A~

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana Sufi telah bejaya mendapat 5A dalam UPSR. Diharap anak bongsu lelaki saya ini, dapat meneruskan pelajaran bersama-sama kakak-kakaknya di SBPI Jempol. Amin...

27 September 2010

harapanku..

Tamatlah sudah peperiksaan UPSR untuk tahun 2010.
Kini, saya mengharapkan yang terbaik daripada Ahmad Sufi bin Mustapha untuk mencapai kejayaan yang diimpikan iaitu mendapat 5A.
Doa dan usaha sudah dilakukan.
InsyaALLAH, 5A dalam genggaman..

29 July 2010


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya bersama suami telah selamat menunaikan umrah di tanah suci Makkah tanpa halangan.Semoga kami mendapat umrah maqbul, insyaAllah.
Saya berharap kawan-kawan lain yang berkemampuan, dapat pergi ke sana menunaikan kewajipan diri kepada Allah.

30 June 2010

Ke Menara Gading


Sabtu yang lepas,26 Jun 2010, saya dan keluarga telah mneghantar anak saya(Fauzan b. Mustapha) ke UiTM di Puncak Alam.Alhamdulillah kerana 2 orang anak saya telah pun berjaya ke menara gading. Fauzan mengambil jurusan Pengimejan Perubatan di sana.


Suasana di UiTM kampus Puncak Alam. Kampus ini baru sahaja dibuka.


Lambaian...
Pesan mak, ayah dan adik-beradik: Jaga solat, jangan lupa mengaji tiap hari, jaga mata, jaga perangai...
Selamat berjuang wahai anakku