Penat lelah membimbing murid bagi menyertai pertandingan yang akan mereka masuki berbayar dengan kejayaan yang diperoleh walaupun tak semuanya menang. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila tiga orang daripada empat orang murid yang bertanding telah berjaya mendapat tempat johan dalam pertandingan di Karnival Bahasa Melayu peringkat Negeri Sembilan. Antara kejayaan yang diperoleh adalah johan bercerita tahap 1, johan pidato dan johan mengarang BM tahap 1. Harapanku agar kejayaan ini akan dapat diteruskan lagi pada pertandingan di peringkat kebangsaan pula. Amin......
03 July 2013
07 June 2013
Sekitar Konvokesyen PGSR 2013
Senyuman penuh bermakna tanda rasa puas dengan hasil titik peluh selama empat tahun berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini.
Di samping suami tercinta, orang yang banyak berkorban sebelum mencapai kejayaan ini.
Rakan seperjuangan sama sekolah, Faizah Ali.
Inilah rakan-rakan susah dan senang, mengabadikan kenangan indah di dewan PICC, Putrajaya. Tahniah kepada semua.Tak tahu bila lagi akan berjumpa. Semoga kalian terus berjaya mengharungi kehidupan ini.
30 May 2013
Meneruskan Perjuangan.....
| Di sinilah tempat baharu Kakteh untuk meneruskan perjuangannya dalam mengejar citia-citanya selama ini. Kakteh akan belajar di Kolej Matrikulasi Gopeng ini selama setahun.. |
| |
| Nah, inilah sebahagian pemandangan di tempat belajar Kakteh. |
| Bergambar kenangan dengan kakteh sebelum melepaskannya belajar di sini. |
| Emak, ayah, bangah, kakcik dan semua ahli keluarga mendoakan kakteh supaya dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan beroleh kejayaan di sini. Teruslah berjuang... |
24 May 2013
Warna-warni Tahun 2013
Tugas Baharu Yang Penuh Cabaran.
Memikul tanggungjawab tugas baharu sebagai GPK Kokurikulum,
tiada pengalaman namun tugas tetap diteruskan.
Bermula dari bulan Mac hingga Jun, bersama rakan-rakan hakim bahasa, mula sibuk menjadi hakim pertandingan bahasa bagi daerah Seremban 2.Walaupin sibuk, namun kami tetap berasa seronok dapat bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
Menjalankan tugas sambil merehatkan minda di Tiara Beach Resort dalam program Tunas Bakat 1Malaysia.
Gembira dapat bertemu rakan lama dan penulis tersohor Nisah Haron semasa program Tunas Bakat 1 Malaysia. Juga sempat membeli beberapa buah buku hasil tulisan beliau.
Nah, inilah antara murid yang terlibat dalam program Tunas Bakat 1 Malaysia. Kami bergambar di hadapan tempat penginapan yang disediakan.
Satu lagi tugas yang berat, iaitu membina modul pengajaran dan pembelajaran BM untuk projek Rintis peringkat kebangsaan di Hotel Adamson, KL.Sempat bergambar dengan rakan setugas,Azlina dari Perak.Rasa-rasanya cukuplah sekali ini sahaja, tak sangguplah menjalankan tugas berat ini lagi.
Tugas yang ini amat menyeronokkan,menjadi juri hakim bagi pertandingan Sahibba peringkat daerah Seremban. Bermainlah katakan, tidak bosan.
Wajah gembira dan berpuas hati. Hendak berjaya,rahsianya adalah usaha. Anak didik yang berjaya mendapat tempat johan dalam pertandingan bercerita peringkat daerah Seremban 1. Aiman dan Intan.
Satu lagi kejayaan hasil usaha gigih anak didik dalam pertandingan Sahibba peringkat daerah Seremban.Usaha tangga kejayaan. Teruskanlah usaha hingga sampai Kebangsaan. Amin..
Yang ini pertandingan bahaslah pulak.Bergambar dengan murid yang mewakili sekolah. Hanya mampu meraih kejayaan di tempat ketiga sahaja. Namun tetap gembira dengan kejayaan yang diraih.
Tarikh keramat 5 Mei 2013, seluruh warga Malaysia mengundi.
Gembira bergambar di hadapan tempat mengundi bersama suami dan anak-anak untuk menjalankan tanggungjawab terhadap negara sebagai pengundi.
Sambutan Hari Guru pada setiap16 Mei . Wajah ceria jelas terpancar pada wajah sebahagian warga SKKD sempena meraikan hari tersebut.
Teka mana saya?
Dah pakai replikani tak kenal siapa.Inilah sebahagian warga guru SKKD yang mengabadikan kenangan sempena menyambut Hari Guru 2013.
Meraikan persaraan Kak Saripah sebagai pekerja am SKKD di Hotel Royal Bintang pada 21 Mei 2013. Semoga berbahagia selalu hendaknya dalam menjalani kehidupan bersama keluarga selepas bersara.
25 December 2012
PGSR 2008-2012 DALAM IMBAUAN
Seronoknya makan durian beramai-ramai .Apa yang lucu sangat tu Kang Mas oi!!! Yelah, selepas ini tak tahu bila nak jumpa lagi kerana sebentar lagi kita akan berpisah selepas empat tahun belajar bersama-sama, terasa macam adik-beradik. Semua ini akan tinggal menjadi kenangan nanti.Semoga semuanya sihat dan berbahagia dan berjaya selalu dalam kehidupan guru. Ada umur kita berjumpa lagi. Sayonara PGSR!!!
Jamuan akhir semester 8 di Royal Bintang bersama beberapa orang pensyarah dan rakan-rakan seunit.
Terpancar wajah gembira selepas selesai melakukan tugasan terakhir pembentangan kertas kajian tindakan.
Puas.Nah, inilah hasil penat lelah!! Menerima sijil pembentangan kertas Kajian Tindakan daripada penyelaras Kajian Tindakan Dr.K.
11 November 2012
HUJAN EMAS
Pada 8 November 2012 yang lalu, sekolah saya telah berjaya mengadakan Hari Anugerah untuk meraikan kejayaan murid-murid dalam akademik. Alhamdulillah kerana anak bongsu saya yang bercita-cita tinggi iaitu Siti Mawaddah telah berjaya meraih banyak hadiah. Antaranya mendapat Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum, Anugerah Murid Cemerlang Akademik dan Tokoh Murid 2012. Tercapailah sudah hasrat dan cita-citanya selama ini yang ingin menjadi murid yang hebat. Namun begitu, satu lagi perkara yang dalam penantian iaitu keputusan UPSR. Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mendoakan Wadah berjaya mencapai 5A dalam UPSR dan dapat pula ke sekolah berasrama yang diidam-idamkan. Bukan sahaja berjaya di dunia wahai anakku, hendaknya berjaya juga diakhirat,Amin.Itulah yang terlebih utama.
23 October 2012
Seminar Memartabatkan Bahasa Melayu Untuk Guru-guru N.Sembilan
Pengalaman pertama dalam sejarah hidup membuat pembentangan Kajian Tindakan di hadapan pegawai JPN,PPD, Pensyarah,guru-guru cemerlang serta guru-guru yang sejumlah seratus lebih di Balai Ilmu IPG Kampus Raja Melewar,Seremban. Seramai 17 orang pemakalah yang turut membuat pembentangan Kajian mereka. Perasaan saya, tuhan saja yang tahu, tetapi berasa puas dan seronok selepas selesai giliran membentang.
Turut sama membuat pemakalah, rakan seperjuangan dari Sekolah Daching,Cikgu Amran Bakar.
Bergambar dengan rakan seperjuangan dari Unit BM,PGSR yang turut membuat pembentangan Kajian Tindakan mereka serta pensyarah dari Unit Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar.
21 October 2012
Malam Pra Graduan
![]() |
| Anak kedua,Fauzan dianugerahkan Tokoh Kokurikulum Peringkat Diploma . |
![]() |
| Juga menerima Anugerah Perdana pelajar di UiTM. |
Fauzan dan rakan-rakannya yang menerima anugerah bergambar bersama Dekan Fakulti Sains Kesihatan mereka.Selepas selesai belajar di UiTM ini, akan menjalani praktikal akhir di Pulau Pinang pula.
15 October 2012
Program Bulan Bahasa Kebangsaan
Seronok dapat menyertai program
Bulan Bahasa Kebangsaan di Stadium Tertutup Nilai yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri M'sia.Sebagai guru B.M, program sebegini dapat menyuntik semangat untuk memperkasakan BM. dalam kehidupan seharian agar tidak terus tenggelam ditelan arus dunia globalisasi,
Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri di IPG Kampus Raja Melewar
Penulis sempat singgah sebentar di tapak gerai melihat pameran BBM yang dikendalikan oleh guru pelatih.
Bangga.Anak-anak murid bergambar di atas pentas bersama guru pengiring mereka sambil memegang piala kemenangan yang diperoleh dalam pertandingan yang dimasuki sempena Karnival Bahasa Melayu yang diadakan di IPG Kampus Raja Melewar.
.
28 August 2012
Salam Lebaran di Aidilfitri 2012
Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog yang dihormati,rakan-rakan dan sanak saudara.Maaf juga dipinta andai diri ini banyak melakukan dosa terhadap diri anda.
13 June 2012
Sekitar Pesta Buku Negeri Sembilan 2012 di Jusco,Seremban 2.
Kaklang,kakteh,kakcik dan Mawaddah berposing di depan gerai buku di Pesta Buku N.S untuk merelekskan otak sambil membeli buku-buku tambahan untuk dibaca.
Mawaddah dan kaklang gembira dapat bergambar dengan penulis buku tersohor,Ainmaisara.
Anak bongsu ,Siti Mawaddah, tidak melepaskan peluang untuk memasuki pertandingan bercerita terbuka yang diadakan di Pesta Buku N.S tersebut dan alhamdulillah menang. Tahniah!!
Subscribe to:
Posts (Atom)






