Siti Mawaddah sedang beraksi di atas pentas untuk mencuba bakatnya dalam pertandingan pidato piala KPM peringkat daerah Seremban 1.
01 April 2012
Siti Mawaddah sedang memperdengarkan bacaan al-quran dalam pertandingan MTAQ peringkat daerah . Namun nasib tidak menyebelahinya. Tak menang.Tak ada rezekilahtu.
Beraksi dalam pertandingan bercerita peringkat daerah Seremban pula . Namun nasib masih tidak menyebelahinya walaupun telah berusahan melakukan yang terbaik.
11 March 2012
Sekitar Bengkel Peraturan Permainan Sahibba Peringkat S'ban,2012.
Penulis sedang memberi kursus tentang peraturan permainan Sahibba kepada guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah daerah Seremban 1 dan 2 di SM Mambau .
Peserta bengkel sedang khusyuk mendengar ceramah daripada jurulatih utama .
Sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta bengkel yang kurang mahir dalam permainan Sahibba.
21 October 2011
Sekitar Bengkel Menulis Buku dan Ilustrasi di IAB
Rakan seperjuangan yang gigih menghasilkan buku,yang juga merupakan guru-guru besar cemerlang di Putrajaya.
Membentangkan hasil illustrasi kepada pengarah majlis buku kebangsaan.
Sekitar Karnival Pertandingan Bahasa Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.
Sekitar Program Perkampungan Bahasa Peringkat Negeri di Jempol
20 July 2011
TUGAS BERAT MENANTI
Baru-baru ini, saya telah menjalani kursus hakim sahibba di Kuala Lumpur. Seronok dan mencabar. Tugas saya selepas ini adalah melatih murid-murid sekolah untuk mempelajari permainan ini. Pada tahun hadapan akan diadakan pertandingan sahibba bagi sekolah-sekolah di NS. Sudah pastilah bercita-cita untuk menjadikan sekolah sendiri sebagai juara. Selang beberapa hari selepas itu pula, saya pergi ke IAB, Genting Highland untuk menjalani bengkel menulis dan illustrasi buku cerita kanak-kanak. Seronok dapat pengalaman baru tetapi amat mencabar. Tugas yg harus saya lakukan ialah mencipta karya dan melukis gambar bagi menghasilkan buku cerita kanak-kanak memandangkan ketandusan penulis buku kanak-kanak. Insyaallah, hujung tahun nanti, akan terhasil buku cerita tulisan sendiri.
26 June 2011
mencuba nasib
Tuah Mawaddah...
Mawaddah tersenyum gembira di sisi emaknya kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita peringkat negeri yang diadakan di Port Dickson 25 Jun lalu. Dia akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan . Doakanlah agar berjaya juga nanti di peringkat kebangsaan.
Alhamdulillah, menang lagi. Mawaddah gembira mendapat johan dalam pertandingan bercerita peringkat daerah Seremban anjuran Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang diadakan di Perpustakaan Awam Mantin .
10 June 2011
MENENANGKAN FIKIRAN BERSAMA KELUARGA
~My Lovely Family~
Tapi tak semua ada..
Selepas melawat anak ketiga saya (Siti Muslihah) di UiTM, Alor Gajah, kami singgah di Bandaraya Melaka. Kami menaiki bot untuk melihat kawasan sekitar di Melaka ini. Sangat seronok. Masih mengekalkan ciri-ciri melayu dahulu.
Selepas itu, singgah pula di Kampung Morten.
21 May 2011
Dunia Baru Kaklang
Subscribe to:
Posts (Atom)





