30 June 2010

Ke Menara Gading


Sabtu yang lepas,26 Jun 2010, saya dan keluarga telah mneghantar anak saya(Fauzan b. Mustapha) ke UiTM di Puncak Alam.Alhamdulillah kerana 2 orang anak saya telah pun berjaya ke menara gading. Fauzan mengambil jurusan Pengimejan Perubatan di sana.


Suasana di UiTM kampus Puncak Alam. Kampus ini baru sahaja dibuka.


Lambaian...
Pesan mak, ayah dan adik-beradik: Jaga solat, jangan lupa mengaji tiap hari, jaga mata, jaga perangai...
Selamat berjuang wahai anakku