21 March 2014

Tamatnya Suatu Penantian.....



Tanggal 20 Mac 2014, berakhirlah penantian Kakcik Siti Murnizah, anak kelima kami untuk mengetahui keputusan SPMnya. Syukur kepada Allah sekali lagi kerana Kakcik telah mendapat keputusan yang agak baik. Tahniah daripada emak dan ayah serta adik-beradik yang lain. Apa yang diharapkan ialah agar Kakcik akan dapat menyambung pelajarannya di universiti yang diimpikan dalam kos yang dipilih. Sama-samalah kita berdoa ya Kakcik agar mendapat  apa yang dihajatkan. Amin.. 

15 March 2014

Menyambung Pengajian....




Syukur alhamdulillah kerana Kaklang dapat menyambung pelajarannya di UiTM Merbok, Kedah. Walaupun terletak jauh di utara, namun apa salahnya sekali-sekala berjauhan kerana jauh berjalan luas pengalaman... Semoga Kaklang dapat belajar dengan baik di sana dan mencapai apa yang diimpikan. Jaga diri baik-baik ye dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Emak, ayah dan adik-beradik sentiasa mendoakan  kejayaan Kaklang.


14 March 2014

Selamat Datang Tahun 2014

Kepada sahabat dan saudara-maraku semua,  diharapkan semoga tahun  ini  kita lebih bersemangat. Tinggalkan segala keburukan yang ada dalam diri kita, bina semangat yang baharu dan gandakan usaha demi mencapai apa yang diimpikan. Insya-Allah segala niat kita yang baik akan dimakbulkan oleh maha pencipta. Semoga tahun 2014 akan mendatangkan seribu kebaikan dan keberkatan kepada kita semua .Amin......