21 October 2011

Sekitar Bengkel Menulis Buku dan Ilustrasi di IAB

Rakan seperjuangan yang gigih menghasilkan buku,yang juga merupakan guru-guru besar cemerlang di Putrajaya.

Membentangkan hasil illustrasi kepada pengarah majlis buku kebangsaan.
Hasil illustrasi buku cerita kanak-kanak 'Layang-layangku Tersangkut'.
Menerima sijil drpd ketua nazir dan jaminan kualiti M'sia setelah tamat berbengkel
selama empat sesi.
Ketua nazir melihat pameran ilustrasi buku cerita kanak-kanak yang dipamirkan.



Sekitar Karnival Pertandingan Bahasa Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.

Jalan-jalan di Pulau Pinang sambil mencari barang,buat buah tangan orang tersayang
Naik beca untuk memberi pengalaman baru kepada Siti Mawaddah
Mawaddah sedang berjuang di atas pentas dalam pertandingan bercerita peringkat
kebangsaan


Sekitar Program Perkampungan Bahasa Peringkat Negeri di Jempol

Bersama rakan fesi dalam sesi lawatan ke Teratak Za'aba

Mawaddah gembira menjadi juara pertandingan sahibba.

Mawaddah mengetuai kumpulannya membuat persembahan.

20 July 2011

TUGAS BERAT MENANTI











Baru-baru ini, saya telah menjalani kursus hakim sahibba di Kuala Lumpur. Seronok dan mencabar. Tugas saya selepas ini adalah melatih murid-murid sekolah untuk mempelajari permainan ini. Pada tahun hadapan akan diadakan pertandingan sahibba bagi sekolah-sekolah di NS. Sudah pastilah bercita-cita untuk menjadikan sekolah sendiri sebagai juara. Selang beberapa hari selepas itu pula, saya pergi ke IAB, Genting Highland untuk menjalani bengkel menulis dan illustrasi buku cerita kanak-kanak. Seronok dapat pengalaman baru tetapi amat mencabar. Tugas yg harus saya lakukan ialah mencipta karya dan melukis gambar bagi menghasilkan buku cerita kanak-kanak memandangkan ketandusan penulis buku kanak-kanak. Insyaallah, hujung tahun nanti, akan terhasil buku cerita tulisan sendiri.

26 June 2011

mencuba nasib

Mawaddah sedang menjalankan uji bakatnya

Mawaddah mencuba nasibnya di Program Adik-adikku musim ke-3
bertempat di RTM Negeri Sembilan.

Tuah Mawaddah...

Mawaddah tersenyum gembira di sisi emaknya kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita peringkat negeri yang diadakan di Port Dickson 25 Jun lalu. Dia akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan . Doakanlah agar berjaya juga nanti di peringkat kebangsaan.



Alhamdulillah, menang lagi. Mawaddah gembira mendapat johan dalam pertandingan bercerita peringkat daerah Seremban anjuran Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang diadakan di Perpustakaan Awam Mantin .

10 June 2011

MENENANGKAN FIKIRAN BERSAMA KELUARGA



~My Lovely Family~
Tapi tak semua ada..

Selepas melawat anak ketiga saya (Siti Muslihah) di UiTM, Alor Gajah, kami singgah di Bandaraya Melaka. Kami menaiki bot untuk melihat kawasan sekitar di Melaka ini. Sangat seronok. Masih mengekalkan ciri-ciri melayu dahulu.
Selepas itu, singgah pula di Kampung Morten.

21 May 2011

Dunia Baru Kaklang

Melangkah ke menara gading..

Wajah ceria Siti Muslihah Mustapha melangkah ke dunia baru di UiTM, Alor Gajah, Melaka.

Bersama keluarga yang mengiringi Siti Muslihah mendaftar di UiTM.

Pesanan ayah, emak, nenek, kakak dan abang:
~ belajar bersungguh-sungguh
~ jangan lupa diri
~ jaga tingkah laku


17 May 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan PMR

Nur Farrah Atiqah Amran dan Siti Munirah Mustapha mendapat anugerah kecemerlangan PMR

Anak keempat saya (Siti Munirah Mustapha) telah mendapat anugerah kecemerlangan PMR 2010 di SBPI Jempol kerana telah berjaya mendapat keputusan yang amat cemerlang...
TAHNIAH!!!
Teruskan usaha untuk berjaya di dunia dan akhirat...InshaAllah


Hari Jadi ke-11

Hari Jadi Mawaddah yang ke-11
tetamu yang hadir memeriahkan sambutan Hari Jadi Mawaddah.


kek hari jadi


sesi memotong kek

04 March 2011

SUKA DUKA, RENCAH KEHIDUPAN..

Kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan diadakan di teratak kami sempena Siti Munirah Mustapha (kakteh) telah mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam PMR nya.. Alhamdulillah.


Siti Murnizah (kakcik) dimasukkan ke hospital selama 2 minggu kerana terdapat infection pada otaknya akibat demam yang sangat panas. Kakcik telah koma selama 3 jam. Sekarang Alhamdulillah, Allah telah memberi kesembuhan atas penyakitnya itu. Syukur ku panjatkan kepadaMu, Ya Allah...
Terima kasih yang tak tehingga kepada pihak SBPI Jempol kerana telah mendoakan Kakcik dan membaca Yassin 7kali untuk kesembuhannya.


Siti Mawaddah Mustapha telah memenangi pertandingan bercerita dan telah mendapat tempat ke-2. Beliau juga akan mewakili sekolah untuk ke peringkat Negeri.. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Mawaddah.