20 July 2011

TUGAS BERAT MENANTI











Baru-baru ini, saya telah menjalani kursus hakim sahibba di Kuala Lumpur. Seronok dan mencabar. Tugas saya selepas ini adalah melatih murid-murid sekolah untuk mempelajari permainan ini. Pada tahun hadapan akan diadakan pertandingan sahibba bagi sekolah-sekolah di NS. Sudah pastilah bercita-cita untuk menjadikan sekolah sendiri sebagai juara. Selang beberapa hari selepas itu pula, saya pergi ke IAB, Genting Highland untuk menjalani bengkel menulis dan illustrasi buku cerita kanak-kanak. Seronok dapat pengalaman baru tetapi amat mencabar. Tugas yg harus saya lakukan ialah mencipta karya dan melukis gambar bagi menghasilkan buku cerita kanak-kanak memandangkan ketandusan penulis buku kanak-kanak. Insyaallah, hujung tahun nanti, akan terhasil buku cerita tulisan sendiri.

No comments:

Post a Comment