04 March 2011

SUKA DUKA, RENCAH KEHIDUPAN..

Kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan diadakan di teratak kami sempena Siti Munirah Mustapha (kakteh) telah mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam PMR nya.. Alhamdulillah.


Siti Murnizah (kakcik) dimasukkan ke hospital selama 2 minggu kerana terdapat infection pada otaknya akibat demam yang sangat panas. Kakcik telah koma selama 3 jam. Sekarang Alhamdulillah, Allah telah memberi kesembuhan atas penyakitnya itu. Syukur ku panjatkan kepadaMu, Ya Allah...
Terima kasih yang tak tehingga kepada pihak SBPI Jempol kerana telah mendoakan Kakcik dan membaca Yassin 7kali untuk kesembuhannya.


Siti Mawaddah Mustapha telah memenangi pertandingan bercerita dan telah mendapat tempat ke-2. Beliau juga akan mewakili sekolah untuk ke peringkat Negeri.. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Mawaddah.