26 June 2011

mencuba nasib

Mawaddah sedang menjalankan uji bakatnya

Mawaddah mencuba nasibnya di Program Adik-adikku musim ke-3
bertempat di RTM Negeri Sembilan.

Tuah Mawaddah...

Mawaddah tersenyum gembira di sisi emaknya kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita peringkat negeri yang diadakan di Port Dickson 25 Jun lalu. Dia akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan . Doakanlah agar berjaya juga nanti di peringkat kebangsaan.



Alhamdulillah, menang lagi. Mawaddah gembira mendapat johan dalam pertandingan bercerita peringkat daerah Seremban anjuran Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang diadakan di Perpustakaan Awam Mantin .

10 June 2011

MENENANGKAN FIKIRAN BERSAMA KELUARGA



~My Lovely Family~
Tapi tak semua ada..

Selepas melawat anak ketiga saya (Siti Muslihah) di UiTM, Alor Gajah, kami singgah di Bandaraya Melaka. Kami menaiki bot untuk melihat kawasan sekitar di Melaka ini. Sangat seronok. Masih mengekalkan ciri-ciri melayu dahulu.
Selepas itu, singgah pula di Kampung Morten.