25 December 2012

PGSR 2008-2012 DALAM IMBAUAN




Seronoknya makan durian beramai-ramai .Apa yang lucu sangat tu Kang Mas oi!!! Yelah, selepas ini tak tahu bila nak jumpa lagi  kerana sebentar lagi kita akan berpisah  selepas empat tahun belajar bersama-sama, terasa macam adik-beradik. Semua ini akan tinggal menjadi kenangan nanti.Semoga semuanya sihat dan berbahagia dan berjaya selalu dalam kehidupan guru. Ada umur kita berjumpa lagi. Sayonara PGSR!!!

Jamuan akhir semester 8 di Royal Bintang bersama beberapa orang pensyarah dan rakan-rakan seunit.

  Terpancar wajah gembira selepas selesai melakukan tugasan terakhir pembentangan kertas kajian tindakan.

Puas.Nah, inilah hasil penat lelah!! Menerima sijil pembentangan kertas Kajian Tindakan daripada penyelaras Kajian Tindakan Dr.K.

11 November 2012

HUJAN EMAS





Pada 8 November 2012 yang lalu, sekolah saya telah berjaya mengadakan Hari Anugerah untuk meraikan kejayaan murid-murid dalam akademik. Alhamdulillah  kerana anak bongsu saya yang bercita-cita tinggi iaitu Siti Mawaddah telah berjaya meraih banyak hadiah. Antaranya mendapat Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum, Anugerah Murid Cemerlang Akademik dan Tokoh Murid 2012. Tercapailah sudah hasrat dan cita-citanya selama ini yang ingin menjadi murid yang hebat. Namun begitu, satu lagi perkara yang dalam penantian iaitu keputusan UPSR. Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mendoakan Wadah berjaya mencapai 5A dalam UPSR dan dapat pula ke sekolah berasrama yang diidam-idamkan. Bukan sahaja berjaya di dunia wahai anakku, hendaknya berjaya juga diakhirat,Amin.Itulah yang terlebih utama. 


23 October 2012

Seminar Memartabatkan Bahasa Melayu Untuk Guru-guru N.Sembilan

Pengalaman pertama dalam sejarah hidup membuat pembentangan Kajian Tindakan di hadapan pegawai JPN,PPD, Pensyarah,guru-guru cemerlang serta guru-guru yang sejumlah seratus lebih di Balai Ilmu IPG Kampus Raja Melewar,Seremban. Seramai 17 orang pemakalah yang turut membuat pembentangan Kajian mereka. Perasaan saya, tuhan saja yang tahu, tetapi berasa puas dan seronok selepas selesai giliran  membentang.
Turut sama membuat pemakalah, rakan seperjuangan dari Sekolah Daching,Cikgu Amran Bakar.

Bergambar dengan rakan seperjuangan dari Unit BM,PGSR yang turut membuat pembentangan Kajian Tindakan mereka serta pensyarah dari Unit Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar.

21 October 2012

Malam Pra Graduan

Anak kedua,Fauzan dianugerahkan Tokoh Kokurikulum  Peringkat Diploma .
Juga menerima Anugerah  Perdana pelajar di UiTM. 

Fauzan dan rakan-rakannya yang menerima anugerah bergambar bersama  Dekan Fakulti Sains Kesihatan                 mereka.Selepas selesai belajar di UiTM ini, akan menjalani praktikal akhir di Pulau Pinang pula.

15 October 2012

Program Bulan Bahasa Kebangsaan



Seronok dapat menyertai program 
Bulan Bahasa Kebangsaan di Stadium Tertutup Nilai yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri M'sia.Sebagai guru B.M, program sebegini dapat menyuntik semangat untuk memperkasakan BM. dalam kehidupan seharian  agar tidak terus tenggelam ditelan arus dunia globalisasi,

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri di IPG Kampus Raja Melewar

Penulis sempat singgah sebentar di tapak gerai melihat pameran BBM yang dikendalikan oleh guru pelatih.

Bangga.Anak-anak murid bergambar di atas pentas  bersama guru pengiring mereka sambil memegang piala kemenangan yang diperoleh dalam pertandingan yang dimasuki sempena Karnival Bahasa Melayu  yang diadakan di IPG Kampus Raja Melewar.
.





28 August 2012

Salam Lebaran di Aidilfitri 2012

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya  kepada semua pembaca blog yang dihormati,rakan-rakan dan sanak saudara.Maaf juga dipinta andai diri ini banyak melakukan dosa terhadap diri anda.

13 June 2012

Sekitar Pesta Buku Negeri Sembilan 2012 di Jusco,Seremban 2.

Kaklang,kakteh,kakcik dan Mawaddah berposing di depan gerai buku di Pesta Buku N.S untuk merelekskan otak sambil membeli buku-buku tambahan untuk dibaca.
Mawaddah dan kaklang gembira dapat bergambar dengan penulis buku tersohor,Ainmaisara.
Anak bongsu ,Siti Mawaddah, tidak melepaskan peluang untuk memasuki pertandingan bercerita terbuka yang diadakan di Pesta Buku N.S tersebut dan alhamdulillah menang. Tahniah!!


31 May 2012

Sekitar Program Tunas Bakat 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan

Siti Mawaddah bersama rakan-rakan 1Malaysia  bergambar  dengan sijil masing-masing setelah  4 hari berprogram di Kuala Lumpur pada  26 Mei 2012 yang lalu.

Menerima sijil daripada pengarah DBP.

Siti Mawaddah gembira dapat bergambar bersama penulis buku kanak-kanak  dan remaja yang terkenal , Puan Nisah Haron.
Sedang tekun  menulis cerpen bersama rakan-rakan yang lain.


12 May 2012

Sekitar Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri

Penulis mengiringi murid yang memasuki pertandingan Sahibba peringkat negeri, Nurul Fatin Amirah.  Fatin  telah berusaha dalam pertandingan tersebut namun tiada rezeki untuk berjaya .
Pengalaman baru menjadi hakim Sahibba peringkat negeri di SM Lui Barat. Seronok dan mencabar kerana menghakimi murid sekolah menengah yang suka bertanya dan  membantah. Tapi ok je.

Meneruskan perjuangan dalam pertandingan bahasa peringkat daerah.Kalah atau menang memang adat bertanding.Yang penting usaha diteruskan.

Anak bongsu yang suka mencuba  bakatnya . Siti Mawaddah bersama rakan-rakannya mencuba nasib  dalam pertandingan Bicara Berirama. Alhamdulillah, menang  tempat ketiga peringkat daerah Seremban 1. Teruja.Kemenangan ini memang tak disangka-sangka kerana saingan daripada 13 buah sekolah yang bertanding sungguh hebat.
Mencuba nasib pula dalam pertandingan Sahibba peringkat daerah . Cuma dapat nombor 6. Kalau nombor 5   terpilih ke peringkat negeri. Tak ada rezeki untuk menang tetapi dapat pengalaman yang amat bermakna.

Program Perkampungan Bahasa dan Sastera B.Melayu Peringkat Negeri

Dalam program Perkampungan Bahasa dan Sastera B.M peringkat negeri, Mawaddah telah mempamerkan bakatnya melagukan syair bersama Mursyid Dewan, Profesor Dr. Mahaya Yasin. Siti Mawaddah telah terpilih antara 4 peserta terbaik untuk mewakili N.S ke peringkat kebangsaan .Syabas anakku. Berjuanglah selagi termampu.

Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Seremban 1


              
        Siti Mawaddah bersama rakannya  menerima hadiah tempat ketiga 
        dalam pertandingan bahas peringkat daerah Seremban 1 daripada guru besar SK Jijan.
Penulis berkongsi kegembiraan bersama anak bongsu dan rakan-rakannya yang gigih  berlatih sebelum bertanding.

01 April 2012

PERJUANGAN BARU BERMULA.KALAU BOLEH, NAK LEBIH BERJAYA PADA TAHUN 2012 INI.AMIN..


Siti Mawaddah sedang beraksi di atas pentas untuk mencuba bakatnya dalam pertandingan pidato piala KPM peringkat daerah Seremban 1.

Alhamdulillah kerana usaha  berlatih telah membuahkan hasil. Siti Mawaddah telah berjaya mendapat tempat naib johan dalam pertandingan pidato piala KPM peringkat daerah Seremban 1 dan terpilih untuk ke peringkat negeri pada 23 Jun 2012 di SK Wawasan  nanti. Semoga berjaya dengan lebih cemerlang lagi. 

Siti Mawaddah sedang memperdengarkan bacaan al-quran dalam pertandingan MTAQ peringkat daerah . Namun nasib tidak menyebelahinya. Tak menang.Tak ada rezekilahtu.





Beraksi dalam pertandingan bercerita peringkat daerah Seremban pula . Namun  nasib masih tidak menyebelahinya walaupun telah  berusahan melakukan yang terbaik.

11 March 2012

Sekitar Bengkel Peraturan Permainan Sahibba Peringkat S'ban,2012.

Penulis sedang memberi kursus tentang peraturan permainan Sahibba kepada guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah daerah Seremban 1 dan 2 di SM Mambau .
Peserta bengkel sedang khusyuk mendengar ceramah  daripada jurulatih utama .

 Sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta bengkel yang  kurang mahir dalam permainan Sahibba.