12 May 2014

Meraikan Konvokesyen Anak Ketiga

Alhamdulillah, hari ini anak ketiga kami , Siti Muslihah meraikan hari konvokesyennya
setelah menamatkan  pengajiannnya dalam bidang Sains Pentadbiran Awam di UiTM
Melaka. Tahniah daripada emak, ayah dan adik- beradik. Teruskan usaha  untuk
menyambung pengajian  pada tahap yang lebih tingggi lagi dan semoga lebih berjaya. Amin... 
Kaklang tersenyum gembira di sisi emak dan ayah.

Bergambar kenangan bersama sebahagian daripada ahli keluarga.
Ini sahaja yang sempat hadir.
Kegembiraan dikongsi bersama adik-adik dan kakak.
Tersenyum bangga di sisi rakan seperjuangan.


10 May 2014

Letih Dengan Aktiviti Koakademik Namun Menyeronokkan ...

Bulan Mac,April dan Mei muncul lagi. Bermulalah aku dengan kesibukan melatih peserta sekolah dalam aktiviti pertandingan koakademik Bahasa Melayu. Namun kesibukan ini selalunya mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada diriku tatkala keberhasilan anak yang dididik dalam menggondol beberapa kejayaan.Targetku tahun ini ialah  ingin membawa anak didikku  ke peringkat kebangsaan dalam beberapa acara terutamanya Sahibba, Amin. Perkenankanlah ya Allah... Malulah kalau tidak berjaya...dah masuk tahun ketiga ni..
Sedang memberi ceramah Sahibba kepada guru-guru daerah Seremban.

Sedang memerhati dan melatih peserta kursus bermain Sahibba dengan cara yang betul.

Rakan hakim Sahibba  yang setia memikul tanggungjawab apabila diperlukan.

Nah, inilah hasil anak didik yang telah berjaya menggondol hadiah di tempat  Johan, Naib Johan dan Ketiga di peringkat daerah .Harap berjaya juga di peringkat negeri dan kebangsaan ye! Amin..

Yang ini pula kejayaan peserta sekolah dalam pertandingan karnival bahasa, johan bercerita,johan pidato dan ketiga mengarang tahap 1 dan 2. Semoga mereka terus kekal berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan pula. Tiada yang mustahi jika mereka terus berusaha kerana usaha tangga kejayaan...

Selesai pertandingan bahasa, berkursus pantun pula di Hotel Morib. Seronok dapat banyak pengalaman berkaitan seni warisan Melayu yang semakin dilupai dan berkenal-kenalan dengan guru bahasa di seluruh negara. 

Peserta kursus pantun peringkat kebangsaan yang akan memikul tugas sebagai teknikal pantun negeri masing-masing. Maka bertambah beratlah tanggungjawab yang bakal dipikul pada tahun hadapan. Namun demi minat yang mendalam terhadap seni bahasa akan kucuba laksanakan tugas ini sebaik yang mungkin, insyaAllah...