22 June 2014

Bulan Jun yang Penuh Bermakna dan Memberi Banyak Pengalaman yang Manis

Tiga orang murid mendapat tempat Johan, Naib Johan dan Ketiga  dalam pertandingan Sahibba peringkat Negeri Sembilan
 
Menjadi hakim Pesta Pantun peringkat Kebangsaan
 
Murid mendapat johan pertandingan Sahibba peringkat Kebangsaan
Kepulangan Bangah bercuti setelah hampir setahun belajar di negara seberang


     Tuah ayam nampak pada kaki, tuah manusia hanya tuhan yang tahu. Bulan Jun ini   memberi banyak tuah
samada kepada diri sendiri, anak didik atau anak sendiri. Alhamdulillah, syukurku kepada pencipta alam atas nikmat kurniaannya. Bermula dengan kejayaan yang diperoleh anak didik, hasil kerja keras mereka berlatih bermain Sahibba telah membuahkan kejayaan yang amat membanggakan di mana ketiga-tiga orang peserta Sahibba yang dilatih sejak awal tahun telah berjaya menggondol tempat Johan,Naib Johan dan Ketiga yang menjadi perbualan hangat di daerah lain. Paling membanggakan, murid yang dilatih berjaya pula dalam pertandingan Sahibba peringkat Kebangsaan.Tercapai targetku setelah 3 tahun berjuang dalam pertandingan Sahibba ini. Selang esoknya, diri ini pula terpilih  menjadi hakim pertandingan pantun peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur. Seterusnya, dua orang anak sendiri berjaya mendapat tawaran belajar di IPG dalam kos yang dipohon. Kakcik di Kedah manakala Kakteh di Melaka. Memang jiwa anak-anak seperti jiwaku juga, mencintai dunia pendidikan. Pada ambang menyambut Ramadhan anak kedua yang belajar di Indonesia pulang bercuti setelah hampir setahun belajar di sana. Bulan Jun ini memang banyak membawa kegembiraan. Semoga kejayaan dan kegembiraan akan terus mengekori diriku ini. Amin... Terima kasih kepada semua yang menyokong. 


09 June 2014

Tahniah Kakcik kerana Berjaya Mengikut Jejak Langkah Kakak

Hari ini, kakcik mendaftar untuk menjadi mahasisiwi di UIAM Petaling Jaya. Kakcik  mengambil asasi selama setahun di sini. Jelas terbayang perasaan gembira pada wajahnya kerana dapat belajar di UIAM mengikut jejak langkah Along Mashitah walaupun berlainan kos. Diharap kakcik dapat menunjukkan kecemerlangan dalam bidang yang diambil .
Inilah sahaja ahli keluarga yang sempat mengiringi Kakcik. Dua  anak yang lain tidak ada cuti. Semuanya berharap agar kakcik gembira belajar di sini dan berjaya mencapai cita-cita yang diharapkan.