Alhamdulillah, tercapai juga hasrat hati untuk melihat tempat belajar anak bujang saya yang telah setahun di Universiti Hasanuddin, Makassar. Di samping itu, saya tidak melepaskan peluang untuk melihat tempat-tempat menarik yang terdapat di sana. Terpesona melihat keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara serta tempat-tempat bersejarahnya. Jika dibandingkan keadaan kehidupan masyarakat yang tinggal di sana, seharusnya saya berasa amat bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang senang, negara yang aman, bersih dan maju. Saya cuma berharap Fauzan dapat belajar dengan bersungguh-sungguh di sana serta belajar juga kesusahan dan cabaran berada di negara orang.
No comments:
Post a Comment